Sabtu, 4 April 2015

Puding Roti Gardenia

Puding Roti Gardenia

Puding Roti Gardenia

Air Tangan Sahabat :
Ain Aleesya

Bahan-bahan :

1 bungkus agar-agar
2 biji telur merah
1 tin susu cair
4 keping roti Gardenia
7 cawan air
2 1/2 gula pasir
Daun pandan
Pewarna merah dan hijau


Cara Membuatnya :

1. Rebus agar-agar bersama daun pandan hingga hancur.

2. Kemudian masukkan gula.

3. Dalam bekas lain, roti direndam bersama susu cair dan dilenyekkan.

4. Apabila gula hancur, masukkan susu dan roti yang dilenyek tadi. Kacau sebentar.

5. Kemudian, masukkan kuning telur dan kacau lagi. Tutup api.

6. Asingkan kepada 3 bekas iaitu untuk susu (asal), merah dan juga hijau.

7. Biarkan suam dan masukkan dalam acuan secara berselang-seli.

8. Mula dari tengah acuan, masukkan warna asal iaitu susu, warna hijau dan merah. Selang-selikan sehingga habis.

9. Sejukkan di dalam peti sejuk dan bolehlah dipotong.

Selasa, 24 Mac 2015

Kek Pisang Kelat

Kek Pisang Kelat

Air Tangan Sahabat :
Ain Aleesya 

Bahan-bahan :

4 biji pisang kelat yang telah masak
1 cawan minyak
1 cawan gula (boleh kurangkan)
1 ½ cawan tepung gandum
2 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
Secubit garam


Cara Membuatnya :

1. Blender gula, telur, garam, pisang dan juga minyak sehingga hancur.

2. Setelah itu, tuangkan ke dalam bekas.

3. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan masukkan ke dalam adunan pisang tadi. Kacau hingga sebati.

4. Masukkan ke dalam loyang kek yang ditabur dengan tepung atau boleh juga disapu dengan marjerin agar kek tidak melekat. Bakar dalam ketuhar sehingga masak.

5. Kek akan bertukar kehitaman. Cucuk dengan lidi atau batang sudu untuk memastikan kek masak atau pun tidak.

6. Jika serpihan kek tidak melekat pada lidi, bermakna kek tersebut sudah masak. Sedia untuk dihidang.

Selasa, 10 Februari 2015

Agar-agar Marmar

agar-agar marmar

Agar-agar Marmar

Agar-agar

Air Tangan Sahabat :
Ain Aleesya

Bahan-bahan :

1 tahil agar-agar
Gula secukup rasa
Dua helai daun pandan (disimpul)
Pewarna merah dan hijau
Susu cair
Air


Cara Membuatnya :

1. Ambil sedikit agar-agar dan masak sehingga hancur. Letakkan juga daun pandan.

2. Masukkan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.

3. Tutup api dan bahagikan kepada dua bahagian untuk pewarna merah dan hijau.

4. Biarkan keras dan apabila telah keras potong dadu agar-agar tersebut.

5. Masak agar-agar yang selebihnya sehingga hancur.

6. Masukkan gula dan susu cair. Biarkan mendidih dan tuangkan ke dalam bekas.

7. Masukkan agar-agar yang dipotong dadu tadi di dalam agar-agar susu.

8. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati.