:::.Sajian Hati.:::

:::.Manis Strawberi.:::

Jumaat, 10 Januari 2014

Ikan Bakar dan Air Asam Special

Ikan bakar dan air asam special

Bahan Untuk Ikan Bakar :

Ikan
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit


Bahan Untuk Air Asam

4 biji cili hidup (dihiris)
6 biji cili padi (dihiris)
2 biji cili padi (diblender)
1 ulas bawang besar (potong dadu)
2 besar ibu jari asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu sos cili @ sos tomato
1 sudu teh belacan (tak letak pun tak apa)
1 biji buah tomato (diblender)
1 biji buah tomato (dipotong dadu)
Sedikit kerisik (jika suka)
Air masak


Cara Membuat Ikan Bakar :

1. Salutkan ikan dengan kunyit dan garam secukup rasa.
2. Bakar hingga masak.


Cara Membuat Air Asam :

1. Buat air asam terlebih iaitu dengan memasukkan air masak dan gaulkannya bersama asam jawa. Tapis untuk mendapatkan air asam jawa tersebut.

2. Masukkan air asam jawa ke dalam blender bersama 2 biji cili padi dan 1 biji buah tomato. Blender hingga cili padi dan buah tomato hancur.

3. Tuangkan ke dalam mangkuk dan campurkan kesemua bahan yang lain.

4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Gaulkan hingga semuanya sebati.

5. Hidangkan bersama ikan bakar. Sedia untuk dinikmati.


Nota :

Sos cili @ sos tomato dimasukkan bertujuan untuk memekatkan air asam jawa dan menambahkan lagi kesedapannya.

Rabu, 16 Oktober 2013

Serunding Daging

Bahan-bahan :

½ kilo daging (dipotong dadu)
½ biji kelapa parut
2 sudu besar minyak kelapa (untuk menumis)
1 sudu besar jintan manis (ditumbuk halus)
½ sudu besar jintan putih (ditumbuk halus)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar gula pasir
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sebesar ibu jari asam jawa
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Perap daging dengan kelapa parut, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, bawang merah, bawang putih, air asam jawa, gula dan garam selama empat minit.

2. Panaskan minyak dan masukkan daging yang diperap tadi.

3. Kacau daging berulang kali sehingga kering dan berderai. Kemudian angkat.

Selasa, 17 September 2013

Apam Betawi

Apam Betawi

Bahan-bahan :

1 cawan telur (lebih kurang 5 biji telur)
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar esen vanilla
Pewarna (jika suka)


Cara Membuatnya :

Pukul telur dengan gula hingga kembang dan gebu. Kemudian, masukkan esen vanilla. Kacau lagi.

Seterusnya masukkan tepung gandum dan pewarna. Kacau hingga sebati.

Alas acuan atau loyang dengan kertas terlebih dahulu kerana takut kuih akan melekat. Boleh juga menggunakan cawan kertas.

Panaskan tempat pengukus. Masukkan adunan dalam acuan dan kukus hingga masak. Kukus dengan api yang agak kuat.

Setelah sejuk bolehlah dipotong dan dihidang.