:::.Sajian Hati.:::

:::.Manis Strawberi.:::

Selasa, 17 September 2013

Apam Betawi

Apam Betawi

Bahan-bahan :

1 cawan telur (lebih kurang 5 biji telur)
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar esen vanilla
Pewarna (jika suka)


Cara Membuatnya :

Pukul telur dengan gula hingga kembang dan gebu. Kemudian, masukkan esen vanilla. Kacau lagi.

Seterusnya masukkan tepung gandum dan pewarna. Kacau hingga sebati.

Alas acuan atau loyang dengan kertas terlebih dahulu kerana takut kuih akan melekat. Boleh juga menggunakan cawan kertas.

Panaskan tempat pengukus. Masukkan adunan dalam acuan dan kukus hingga masak. Kukus dengan api yang agak kuat.

Setelah sejuk bolehlah dipotong dan dihidang.

Ahad, 25 Ogos 2013

Biskut Buah Kana

Biskut Buah Kana

Bahan-bahan :
 
1 cawan gula halus
1 cawan marjerin
1 cawan tepung jagung
1 camca teh esen vanila
1 camca teh baking powder
Tepung gandum ikut lembut
2 biji telur ayam
Sedikit jem untuk menyapunya


Cara Membuatnya :
 
1. Marjerin dan gula dipukul sampai kembang.
 
2. Masukkan telur dan pukul lagi.
 
3. Masukkan tepung jagung, tepung gandum, esen vanila, baking powder dan diuli sampai sebati.
 
4. Tekan ke dalam acuan dan bakar hingga masak.
 
5. Setelah sejuk, sapukan jem dan tangkupkan dua biskut menjadi satu.
 

Isnin, 29 Oktober 2012

Kari Ikan

Kari Ikan

Bahan-bahan :
Ikan kembung
Bendi
Santan
Serbuk kunyit
Garam


Bahan Untuk Blender :
2 sudu kecil rempah biji
Secubit jintan manis
Secubit jintan putih
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada
Cili kering


Bahan Untuk Tumis :
Bawang merah
Bawang putih
Halba campur
Daun kari


Cara Membuatnya :

 
1. Tumis bahan untuk ditumis hingga kekuningan. Setelah itu, masukkan bahan yang telah diblender lumat dan ditapis. Masukkan sedikit serbuk kunyit.

2. Biarkan pecah minyak. Apabila pecah minyak, masukkan santan dan garam.

3. Perlahankan api, masukkan ikan dan bendi. Biarkan masak.

4. Sedia untuk dihidang.