Sabtu, 27 Oktober 2012

Bubur Pulut Hitam

Bubur Pulut Hitam

Bahan-bahan :

Pulut hitam (direndam dahulu)
Santan daripada 1 biji kelapa
Gula merah
Gula putih
Sagu
Dua helai daun pandan (disimpul)
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Masak pulut hitam sehingga empuk.

2. Gula merah dimasak dan ditapis kemudian masukkan ke dalam pulut hitam yang sudah empuk tadi.

3. Masukkan santan bersama daun pandan dan kacau.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali, masukkan sagu. Tunggu hingga mendidih

5. Sedia untuk dihidang.

Sabtu, 22 September 2012

Mee Kari

Mee Kari

Bahan-bahan :

Mee kuning (dicelur)
Ayam (dipotong kecil)
Cili kering
Serbuk kari daging
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai (diketuk)
Santan
Bebola ikan (direbus)
Tauhu (digoreng)
Sawi (dicelur)
Lobak merah (dicelur)
Garam secukup rasa


Cara Membuatnya :

Mesin cili kering bersama bawang merah, bawang putih, halia dan serbuk kari. Mesin sehingga hancur.

Setelah itu, panaskan minyak masukkan bahan yang dimesin tadi. Tumis hingga wangi.

Masukkan ayam bersama sedikit air, garam dan serai. Tunggu hingga ayam masak.

Apabila ayam sudah masak, masukkan santan dan air secukupnya. Tunggu hingga mendidih. 

Sedia untuk dihidang bersama mee yang sudah dicelur. Letakkan sayur sawi, lobak merah, bebola ikan dan juga tauhu.

Jumaat, 6 Julai 2012

Masak Lemak Sayur Asin-asin dan Ubi Keledek

Masak Lemak Sayur Asin-asin dan Ubi Keledek

Bahan-bahan :

Daun asin-asin
Ubi keledek (dipotong)
Santan
Garam
Udang
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 biji cili merah (di potong)

Cara Membuatnya :

Rebus daun asin-asin bersama ubi keledek sehingga empuk. Masukkan udang, bawang merah, garam dan juga cili.

Akhir sekali, masukkan santan. Masak buat seketika. Apabila telah mendidih, cepat-cepat tutup api. Jangan sampai santan pecah minyak.

Sedia untuk dihidang.