Sabtu, 22 September 2012

Mee Kari

Mee Kari

Bahan-bahan :

Mee kuning (dicelur)
Ayam (dipotong kecil)
Cili kering
Serbuk kari daging
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai (diketuk)
Santan
Bebola ikan (direbus)
Tauhu (digoreng)
Sawi (dicelur)
Lobak merah (dicelur)
Garam secukup rasa


Cara Membuatnya :

Mesin cili kering bersama bawang merah, bawang putih, halia dan serbuk kari. Mesin sehingga hancur.

Setelah itu, panaskan minyak masukkan bahan yang dimesin tadi. Tumis hingga wangi.

Masukkan ayam bersama sedikit air, garam dan serai. Tunggu hingga ayam masak.

Apabila ayam sudah masak, masukkan santan dan air secukupnya. Tunggu hingga mendidih. 

Sedia untuk dihidang bersama mee yang sudah dicelur. Letakkan sayur sawi, lobak merah, bebola ikan dan juga tauhu.

Jumaat, 6 Julai 2012

Masak Lemak Sayur Asin-asin dan Ubi Keledek

Masak Lemak Sayur Asin-asin dan Ubi Keledek

Bahan-bahan :

Daun asin-asin
Ubi keledek (dipotong)
Santan
Garam
Udang
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 biji cili merah (di potong)

Cara Membuatnya :

Rebus daun asin-asin bersama ubi keledek sehingga empuk. Masukkan udang, bawang merah, garam dan juga cili.

Akhir sekali, masukkan santan. Masak buat seketika. Apabila telah mendidih, cepat-cepat tutup api. Jangan sampai santan pecah minyak.

Sedia untuk dihidang.

Rabu, 23 Mei 2012

Ikan Masak Sos

Ikan Masak Sos

Bahan-bahan :

Ikan (digoreng terlebih dahulu)
Cili merah (dipotong)
Cabai melaka (dipotong)
Sos cili
Sonak jagung (dipotong)
Bawang besar (dipotong)
Minyak (untuk menumis)

Cara Membuatnya :

Panaskan sedikit minyak, tumiskan cili merah dan cabai melaka.

Kemudian, masukkan sos cili, sonak jagung, bawang, gula dan garam beserta sedikit air. 

Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng. Sedia untuk dihidang.