:::.Sajian Hati.:::

:::.Manis Strawberi.:::

Memaparkan catatan dengan label Puding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puding. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Mei 2016

Puding Kacang Merah


Air Tangan :
Ain Arina

Bahan-bahan :

1 tin kacang merah (dibuang airnya dan dibasuh)
Agar-agar
1 tin susu cair
1 sudu besar tepung jagung
Air
Gula secukup rasa
Secubit garam
Pewarna merah
Daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

1. Taburkan setengah tin kacang merah di atas loyang atau acuan.

2. Rebus agar-agar bersama daun pandan hingga hancur dan masukkan gula.

3. Apabila sudah mendidih, ambil setengah cawan dan tuangkan atas kacang tadi dan biarkan agar-agar agak keras.

4. Lebih agar-agar tadi, masukkan susu cair setengah tin.

5. Apabila agar-agar kosong sudah agak keras, tuangkan pula agar-agar susu ini dan biarkan agak keras lagi.

6. Langkah terakhir, lebih agar-agar susu tadi pula boleh masukkan kacang merah yang telah diblender lumat bersama setengah tin susu cair, pewarna merah dan juga tepung jagung.

7. Rebus hingga mendidih dan masukkan secubit garam bagi rasa lemak.

8. Kemudian, tuang dalam acuan tadi. Biarkan ia keras sepenuhnya.

9. Sedia untuk dinikmati.

Sabtu, 4 April 2015

Puding Roti Gardenia

Puding Roti Gardenia

Puding Roti Gardenia

Air Tangan Sahabat :
Ain Aleesya

Bahan-bahan :

1 bungkus agar-agar
2 biji telur merah
1 tin susu cair
4 keping roti Gardenia
7 cawan air
2 1/2 gula pasir
Daun pandan
Pewarna merah dan hijau


Cara Membuatnya :

1. Rebus agar-agar bersama daun pandan hingga hancur.

2. Kemudian masukkan gula.

3. Dalam bekas lain, roti direndam bersama susu cair dan dilenyekkan.

4. Apabila gula hancur, masukkan susu dan roti yang dilenyek tadi. Kacau sebentar.

5. Kemudian, masukkan kuning telur dan kacau lagi. Tutup api.

6. Asingkan kepada 3 bekas iaitu untuk susu (asal), merah dan juga hijau.

7. Biarkan suam dan masukkan dalam acuan secara berselang-seli.

8. Mula dari tengah acuan, masukkan warna asal iaitu susu, warna hijau dan merah. Selang-selikan sehingga habis.

9. Sejukkan di dalam peti sejuk dan bolehlah dipotong.

Jumaat, 10 Oktober 2014

Puding Roti Pelangi

Puding Roti Pelangi

Air Tangan Sahabat :
Ain Aleesya

Bahan-bahan :

1 bungkus agar-agar
2 helai daun pandan (disimpul)
½ bungkus roti Gardenia
Susu pekat manis
1 biji telur merah
Gula secukup rasa
Pewarna merah


Cara Membuatnya :

1. Rebus agar-agar bersama daun pandan hingga agar-agar hancur.

2. Rendam roti dalam susu pekat.

3. Masukkan roti ke dalam agar-agar tadi.

4. Masukkan juga telur merah yang dipukul.

5. Kacau dan bahagikan kepada dua adunan.

6. Satu adunan dibiarkan warna asal dan satu lagi warnakan dengan warna merah.

7. Letakkan secara berlapis-lapis di dalam bekas iaitu secara berselang-seli.

8. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

Sabtu, 21 April 2012

Puding Roti Simple

Puding Roti

Bahan-bahan :

1 paket agar-agar
1 tin susu cair
4 keping roti
Gula secukup rasa
Pewarna hijau dan merah

Cara Membuatnya : 

Masak agar-agar dengan air. Sementara menunggu agar-agar hancur, rendamkan roti bersama susu cair di dalam sebuah bekas.

Apabila agar-agar telah hancur, masukkan gula. Kemudian, masukkan roti dan susu cair tadi. 

Masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan sebati.

Kemudian angkat dan tuang adunan yang di masak ke dalam loyang.

Daripada adunan tadi, asingkan 2 cawan berasingan adunan. Satu adunan  dicampurkan dengan pewarna merah dan satu lagi adunan dengan pewarna hijau. 

Tuang adunan berwarna tadi secara berselang-seli ke atas adunan di dalam loyang. 

Sejukkan.