Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasi. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Ogos 2015

Resipi Nasi Tomato

Nasi Tomato
Nasi Tomato
Oleh : Salina Ismail


Bahan Untuk Memasak Nasi Tomato :

4 cawan beras biasa
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4-6 tangkai bunga cengkih
Buah pelaga
2 helai daun pandan
1 cawan susu cair
3 sudu minyak sapi
4 sudu besar sos tomato puri
Gula dan garam secukup rasa


Bahan Hiasan :

Lobak merah
Mix vage
Daun sup dan daun bawang
Kismis
Gajus
Bawang goreng


Cara Memasak Nasi Tomato :

1. Basuh beras sehingga bersih dan masukkan ke dalam rice cooker.

2. Dalam periuk lain, panaskan minyak sapi dan masukkan bahan bertanda * yang telah dikisar.

3. Masuk sekali rempah 4 sekawan iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Masak hingga naik bau.

4. Kemudian boleh masukkan daun pandan dan tomato puri.

5. Seterusnya masukkan air dan susu cair. Sukatan air adalah untuk 4 cawan beras.

6. 4 cawan beras = 4 cawan air + 1 cawan susu cair. Sukatan ikut cara kita masak nasi biasa. Kemudian kacau hingga mendidih dan perasakan dengan gula dan sedikit garam.

7. Kacaukan sekejap kemudian boleh masuk bahan hiasan seperti lobak merah dan mix vage. Terpulang nak letak apa contohnya kismis, gajus dan sebagainya.

8. Akhir sekali boleh masukkan kuah tadi dalam rice cooker dan masak seperti nasi  biasa.

9. Bila hendak hidang nasi boleh taburkan daun sup dan bawang goreng.


Nota : Masa tengah masak nasi, beras jangan dikacau kerap untuk mengelakkan nasi hancur.

Rabu, 27 Ogos 2014

Nasi Lemak Wangi

Nasi Lemak Wangi

Nasi Lemak Wangi

Air Tangan Sahabat :
Ain Aleesya

Bahan-bahan :

Beras
2 ulas bawang merah (dihiris)
Halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
3 helai daun pandan (disimpul)
Santan dari 1 biji kelapa
Secubit lada hitam
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Basuh beras sehingga bersih.

2. Masukkan kesemua bahan ke dalam beras tadi.

3. Jangan lupa masukkan garam untuk menambah rasa pada nasi.

4. Kuantiti santan adalah seperti memasak nasi biasa.

5. Bila nasi mendidih, kacaukannya sehingga semua bahan sebati.

6. Biarkan sehingga nasi masak.

7. Sedia untuk dihidang bersama sambal telur.

Khamis, 20 Mac 2014

Nasi Goreng Simple

Nasi Goreng Simple

Bahan-bahan :

Nasi putih
Ikan bilis (ditumbuk)
Bawang merah (ditumbuk)
Cili padi (ditumbuk)
Garam secukup rasa
Sayur


Cara Membuatnya :

1. Ikan bilis, bawang merah dan cili padi ditumbuk halus.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis hingga naik bau. Masukkan sayur.

3. Seterusnya, masukkan nasi dan letakkan garam secukup rasa.

4. Goreng hingga semuanya bergaul sebati dan agak garing. Tutup api.

5. Sedia untuk dihidang.

Isnin, 29 Oktober 2012

Nasi Goreng Thai

Nasi Goreng Thai

Bahan-bahan :

Bawang merah
Bawang putih
Udang
Telur
Nenas (potong dadu)
Cili padi (dihiris)
Sos tiram
Gula
Garam


Cara Membuatnya :

1. Goreng bawang merah, bawang putih hingga kuning bersama udang dan telur.

2. Masukkan nenas, gula, garam dan sos tiram.

3. Masukkan nasi dan goreng bersama semua bahan.

4. Akhir sekali, masukkan cili padi yang dipotong (jika suka pedas masukkan lebih).

5. Sedia untuk dihidang.