:::.Sajian Hati.:::

:::.Manis Strawberi.:::

Rabu, 28 Jun 2017

Udang Goreng Kicap Manis

Udang Goreng Kicap Manis

Udang Goreng Kicap Manis
Sumber Resipi :
Ain Arina

Bahan-bahan :

Udang
Bawang besar
Cabai melaka
Kicap manis
Garam @ sos tiram


Cara Membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak, goreng udang, bawang besar dan cabai melaka.

2. Tuangkan kicap dan sos tiram secukupnya.

3. Goreng hingga udang masak dan sedia untuk dihidang.


Nota :

Jika masukkan sos tiram dalam masakan ini, tidak perlu masukkan garam lagi.

Isnin, 26 Jun 2017

Masak Tumis Kerang

Masak Tumis Kerang

Masak Tumis Kerang
Sumber Resipi :
Ain Arina

Bahan-bahan :

Kerang
20 tangkai cili kering (diblender)
Asam jawa
Gula dan garam
Bawang besar (dihiris)


Cara Membuatnya :

1. Rebus kerang hingga masak dan buang kulitnya.

2. Panaskan sedikit minyak, tumis cili yang telah dikisar.

3. Masukkan air asam jawa, gula dan garam.

4. Masak sehingga pecah minyak.

5. Kemudian masukkan kerang yang telah dibuang kulit.

6. Kacaukan ia sebentar dan baru masukkan bawang besar.

7. Tutup api dan sedia untuk dinikmati.

Kerabu Kelapa Bermangga

Kerabu Kelapa Bermangga
Sumber Resipi :
Ain Arina

Bahan-bahan :

10 tangkai cili kering
Cabai melaka
Belacan
Garam
Kelapa parut
Mangga (dihiris)
Bawang besar (potong nipis)


Cara Membuatnya :

1. Tumbuk cili kering, cabai melaka dan belacan hingga lumat.

2. Kemudian masukkan garam, kelapa parut dan mangga.

3. Tumbuk sedikit dan jangan sampai lumat.

4. Letakkan ke dalam mangkuk dan masukkan bawang besar.

5. Gaul hingga sekata dan sedia untuk dihidang bersama nasi dan lauk.

Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
Sumber Resipi :
Ain Arina

Bahan-bahan :

Ikan cencaru
3 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering
2 batang serai (hiris halus)
Secubit jintan manis
Belacan
½ keping asam keping yang kecil
Kelapa parut
Garam dan gula
Serbuk kunyit


Cara Membuatnya :

1. Bawang merah, cili kering, serai, jintan manis, belacan dan asam keping dikisar hingga lumat.

2. Kemudian masukkan kelapa parut dan kisar sekali lagi.

3. Kisar sekejap sahaja dan tidak sampai lumat.

4. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam pinggan.

5. Letakkan sedikit garam, gula dan serbuk kunyit. Gaul hingga sebati.

6. Sumbatkan dalam perut ikan sampai penuh.

7. Goreng dengan menggunakan sedikit minyak dan dilapik dengan daun pisang.

Agar-agar Kering Ain



Sumber Resipi :
Ain Arina

Bahan-bahan :

1 tahil agar-agar
1 kg gula pasir
100 gram gula batu
Air
Pewarna


Cara Membuatnya :

1. Guna periuk sederhana besar, masukkan air separuh daripada periuk tersebut.

2. Rebus agar-agar hingga mendidih dan hancur.

3. Kemudian, masukkan gula pasir dan gula batu.

4. Masak hingga gula larut. Tutup api.

5. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna.

6. Biarkan agar-agar keras dan bolehlah dipotong.

7. Jemur di bawah terik  matahari sehingga kering.

8. Sedia untuk dinikmati bersama keluarga di hari lebaran.

Jumaat, 16 Jun 2017

Biskut Samperit Susu Salina Kitchen

Biskut Samperit Susu

Biskut Samperit Susu

acuan samperit
 Sumber Resipi :
Salina Kitchen
Bahan-bahan :

1 cawan buttercup
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu tepung ubi
3 cawan tepung jagung
Coklat chip


Cara Membuatnya :

1. Sebatikan buttercup, susu pekat dan esen vanila.

2. Kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu dan tidak perlu pukul hingga kembang.

3. Kemudian, masuk tepung ubi dan tepung jagung.

4. Jika doh masih lembut tambahkan lagi tepung jagung sampai doh tidak melekat di tangan.

5. Selepas itu, boleh tekan dengan menggunakan acuan samperit.

6. Letakkan coklat chip sebagai hiasan.

7. Biarkan 1 jam baru dibakar untuk elak bunga jatuh.

8. Bakar pada suhu 170oC api atas dan bawah sehingga masak.

9. Sedia untuk dihidang.