:::.Sajian Hati.:::

:::.Manis Strawberi.:::

Rabu, 25 April 2012

Telur Masak Putih

Telur Masak Putih

Bahan-bahan : 

Telur (direbus dan dikupas kulitnya)
1 bungkus kecil serbuk kurma adabi
1 camca rempah biji
1 camca lada
Bawang putih (dihiris)
Bawang merah (dihiris)
1 keping kulit kayu manis (yang kecil)
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
Santan pekat
Cili hidup (dihiris kepalanya)
Bawang besar (potong 4)
Ubi kentang
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara Membuatnya :

Kisar serbuk kurma adabi bersama rempah biji dan lada. Kisar hingga lumat dan tapis. Ketepikan dahulu.

Tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Goreng hingga kuning.

Masukkan bahan yang dikisar tadi dan juga garam. Tunggu hingga naik minyak. Setelah pecah minyak, masukkan telur dan ubi kentang. Biarkan seketika.

Akhir sekali, masukkan santan bersama bawang besar dan cili hidup. Biarkan mendidih.

Kerabu Mangga

Kerabu Mangga


Bahan-bahan :

Mangga muda (dicincang)
3 biji cili kering (ditumbuk)
1 biji cabai hidup (ditumbuk)
Cabai melaka (dihiris)
Bawang besar (dihiris nipis)
Bunga kantan (dihiris nipis)
Ikan bilis (digoreng dan ditumbuk kasar)
Kacang (digoreng dan ditumbuk halus)
Gula
Garam

Cara Membuatnya :

Campurkan semua bahan di dalam bekas. Gaul hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Sedia untuk dihidang.

Sabtu, 21 April 2012

Ikan Siakap Tiga Rasa

Ikan Siakap Tiga Rasa

Bahan Untuk Menggoreng :
 
Ikan siakap
Tepung jagung
Telur
Minyak secukupnya

Bahan Untuk Kuah :

Bawang merah
Bawang putih
Halia
3 biji cabai hidup
Cabai melaka (ikut citarasa)
Sos tomato
Kicap
Sos tiram
Sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Nanas (potong dadu)
Minyak untuk menumis

Cara Memasak Ikan :

Ikan siakap digoreng dengan tepung jagung yang disalut telur. Apabila sudah masak, letak atas pinggan. 

Ketepikan terlebih dahulu.

Cara Memasak Kuah :

Bawang merah, bawang putih, halia, cabai hidup, cabai melaka diblender tetapi jangan terlalu lumat.

Selepas itu, masak dalam kuali bersama minyak. Masukkan sedikit sos tomato, kicap dan  sos tiram. Masukkan lebih sedikit sos cili. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.

Akhir sekali masukkan nanas. Biarkan naik minyak dan kemudian tutup api.

Setelah itu, tuang kuah ke atas ikan tadi. Sedia untuk dihidang.
 

Puding Roti Simple

Puding Roti

Bahan-bahan :

1 paket agar-agar
1 tin susu cair
4 keping roti
Gula secukup rasa
Pewarna hijau dan merah

Cara Membuatnya : 

Masak agar-agar dengan air. Sementara menunggu agar-agar hancur, rendamkan roti bersama susu cair di dalam sebuah bekas.

Apabila agar-agar telah hancur, masukkan gula. Kemudian, masukkan roti dan susu cair tadi. 

Masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan sebati.

Kemudian angkat dan tuang adunan yang di masak ke dalam loyang.

Daripada adunan tadi, asingkan 2 cawan berasingan adunan. Satu adunan  dicampurkan dengan pewarna merah dan satu lagi adunan dengan pewarna hijau. 

Tuang adunan berwarna tadi secara berselang-seli ke atas adunan di dalam loyang. 

Sejukkan.