:::.Sajian Hati.:::

:::.Manis Strawberi.:::

Isnin, 29 Oktober 2012

Mee Tom Yam

Mee Tom Yam

Bahan Untuk Membuat Mee Tom Yam :

Mee kuning (dicelur dalam air panas)
Ayam
Daun limau purut
Serai
Perencah tom yam adabi
Lobak merah
Kobis
Cili padi
Sonak jagung
Garam secukup rasa


Cara Membuat Mee Tom Yam :

1. Masukkan sedikit minyak di dalam periuk, masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan ayam menjadi lembut.

2. Seterusnya, masukkan daun limau purut dan serai. Kacaukan.

3. Masukkan perencah tom yam, sayur lobak merah dan sonak jagung. Apabila sayur sudah lembut masukkan air.

4. Akhir sekali, masukkan sayur kobis dan juga garam secukupnya. Jika mahu masakan lebih pedas, boleh masukkan cili padi. 

5. Tutup api dan bolehlah dimakan bersama mee.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan